BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, February 22, 2011

Dalam Kenangan...Allahyarham Sudirman HJ Arshad..

Hari ini genap 19 tahun penghibur lagenda antarabangsa kebanggaan rakyat Malaysia meninggalkan kita..


Nama Allahyarham Sudirman Haji Arshad begitu sinonim dengan masyarakat Malaysia terutama mereka yang berkecimpung dalam industri hiburan...






Nama beliau bukan saja terlakar di dalam negara sahaja malah beliau tetap diingati dan disanjungi peminat di luar negara..


Allahyarham yang menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 22 Februari 1992, di rumah kakaknya di Kuala Lumpur merupakan penghibur yang versatile dan disanjungi akan sikapnya yang sangat merendah diri dan amat memikirkan tentang peminat-peminatnya.. ini dapat dilihat dalam lagu-lagunya yang merangkumi seluruh rakyat negara ini..


Lagu-lagunya tidak hanya berkisar tentang cinta malah menggambarkan kehidupan masyarakat. Contohnya lagu Aku Penganggur, Pesan Abang, Apa Khabar Orang Kampung dan banyak lagi. 


Peminat-peminatnya pasti tidak akan melupakan sebuah konsert yang pernah beliau adakan di Jalan Chow Kit yang telah direkod di Malaysia Book of Records...


Allahyarham juga amat aktif dalam industri hiburan...Bakatnya tidak terhenti di bidang nyanyian sahaja malah di bidang yang lain juga seperti pelakon dan penggubah lagu..





Beliau juga yang merupakan seorang peguam dan usahawan ini, amat bijak mengambil hati peminat-peminatnya... Hampir setiap konsert atau persembahan beliau akan menunjukkan skil lukisan nya dan menghiburkan penonton dalam waktu yang sama...







Penyanyi yang sinonim dengan lagu-lagu patriotik ini,telah memenangi banyak anugerah di dalam negara mahupun di luar negara...






Sepanjang penglibatan Allahyarham dalam industri seni, beliau telah menghasilkan 18 buah album dalam bahasa melayu dan 2 buah album dalam bahasa Inggeris..


Allahyarham Sudirman telah dimasukkan ke ICU Pusat Perubatan Tawakkal KL pada tahun 1991, kerana dilaporkan pengsan.. Sepanjang terlantar di sana, ahli keluarganya terus merahsiakan keadaan penyakitnya sehinggalah beliau menghembuskan nafas terakhir pada pukul 4 pagi, 22 Februari 1992...


Kehilangan beliau tetap dirasai walaupun sudah 19 tahun beliau meninggalkan kita..
Tidak kira tua atau muda, semuanya merasai kehilangan beliau....


Sama-samalah kita menyedekahkan Al-Fatihah kepada beliau..


Dalam Kenangan

Lagu syahdu dari Allahyarham Sudirman yang menjadi kegilaan pendengar...




0 comments:

NUFF