BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, April 2, 2010

hilangnya bintang bintang....

Al-Fatihah.....

dalam minggu-minggu yang lepas..
masyarakat malaysia...
khususnya yang berada dalam persada industri seni tanahair...
telah merasakan kehilangan yang amat besar...
hilangnya bintang-bintang seni..
perginya gemerlapan sinar mereka...

21 mac 2010....
tanggal tersebut mungkin biasa bagi orang lain..
tetapi bg keluarga penyanyi dan pelakon ini,
tanggal tersebut adalah titik hitam dan duka buat mereka..

Allahyarham Siti Surianie Julkarim...
atau popular dengan gelaran Yanie Mentor...
telah pergi meninggalkan kita..

memulakan kerjaya seni dengan memasuki program realiti di TV3..
Arwah digilap bakatnya disana walaupun tidak berjaya merangkul gelaran juara..
tetapi bakatnya tidak terhenti di situ malahan terus bersinar..
Penyanyi, Ning Baizura selaku mentornya terus membantunya mengemambangkan bakatnya..
antara lagu hasil nyanyiannya Drama dan Saling Terpesona.

memasuki dunia lakonan ternyata tidak menghampakan peminatnya...
ternyata bakatnya bukan sahaja di bidang nyanyian malahan di bidang lakonan jua
Sitkom popular TV3, FARA, terus melonjakkan namanya di persada seni tanah air..

menamatkan zaman bujangnya bersama suami tercinta
Irfin Abdul Manan pada November 2007
mengurniakan satu anugerah cahaya permata dalam hidupnya..

perginya kerana ketumbuhan dalam paru-paru nya
sekaligus ibarat perginya satu kerdipan bintang di industri seni..

-------------------------------------------------------------------------------------------------

2 April 2010

tepat jam 12.30 pagi..
industri seni dikejutkan lagi dengan berita pemergian seorang bintang besar dalam industri
Akibat seekor nyamuk, Din Beramboi atau Mior Ahmad Fuad Mior Badri telah pergi buat selama-lamanya...

setelah bertarung nyawa beberapa jam sebelum menghembuskan nafasnya
arwah akhirnya telah pergi bersama lawak jenaka nya yang pasti dirindui semua peminat..
seluruh warga kerja ERA/AMP serta ahli keluarga terus setia berada di depan wad ICU untuk mengetahui perkembangan semasa arwah ketika itu..

pelakon,pelawak,penyanyi dan penyampai radio ini
bertarung dengan penyakitnya, Dengue Shock Syndrome..

Selain keluarga, rakan sekerjanya di riuh pagi ERA, Aznil Nawawi turut menerima tamparan hebat dengan berita pemergiannya..
sepanjang saatnya di ICU, seluruh rakan-rakan artis, penyampai-penyampai radio, dan sahabat handai membanjiri perkarangan Hospital Selayang..

Arwah telah selamat dikebumikan tepat jam 11 pagi td di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan, Kepong..
jasa dan bakat mu sepanjang berada di dalam industri tetap akan dikenang..
bakat yang mewarnai hidup setiap hari bagaikan disentap di saat pemergiannya..

p/s: al-fatihah
buat semua bintang - bintang seni yang telah pergi selama-selamanya...
semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman....
Amin....

sumber: Facebook ERA FM & ERA TV
: manggaonline.com....

0 comments:

NUFF