BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, March 15, 2011

Hore Hore Bersama Aznil

Malam 12 Mac 2011, Tasik Titiwangsa menjadi saksi sebuah konsert yang diadakan oleh penghibur No.1 Malaysia, Aznil Hj Nawawi bersempena 21 tahun penglibatannya di dalam dunia seni. Konsert Hore-Hore Aznil ini mendapat sambutan hangat tak kira umur , bangsa atau agama.


Konsert ini dikatakan menjadi impian Aznil untuk diadakan dan pada malam tersebut segala usaha yang dicurahkan dalam industri terkabul jua. Konsert yang bermula kira-kira jam 8.30 malam tersebut, menyaksikan kira-kira 10 buah lagu dan beberapa lagu medley.

Selama 3 jam konsert berlangsung, Aznil menghiburkan penontonnya dengan mengadakan pelbagai aktiviti bersamanya di atas pentas dan memberikan pelbagai hadiah menarik.

Aznil juga membuat tribute untuk penghibur idolnya iaitu Sudirman Hj Arshad. Aznil menyanyikan medley lagu Sudirman seperti Hujan, Aku Penganggur, Apa Khabar Orang Kampung, Pulang Dari Kilang, Dari Kerana Mata, dan Salam Terakhir.

Aznil juga membuat amal dengan menyumbangkan separuh dari penjualan tiket konsertnya kepada seorang anak kecil yang bermasalah jantung. Aznil dan kumpulan ynag ditubuhkannya, Hero Malaya telah menyumbangkan sebanyak RM30,000 kepada anak malang itu unutk pembiayaan pembedahannya.

Para penonton terhibur dengan konsert pada malam itu dan terus menyokong Aznil. Walaupun di penghujung konsert, keadaan cuaca yang tidak menentu dan hujan renyai, para penyokongnya tetap setia di kerusi masing-masing dan terus enjoy dengan persembahannya malam itu.

Review Konsert Hore-Hore Aznil

-          Konsert dimulakan dengan VT rakan-rakan media, artis dan keluarga Aznil memberi ucapan sempena 21 tahun Aznil dan konsertnya malam itu...
-          Aznil muncul membuat persembahan pertama dengan lagu Hore-Hore
-          Haziq sebagai artis undangan menyanyikan lagu Papaku Pulang bersama dengan Aznil
-          Pendengar ERA yang bertuah dapat berduet dengan Aznil lagu Papaku Pulang versi rock
-          Aznil menjemput beberapa orang kanak-kanak unutk menari bersamanya lagu Nobody oleh Wondergirl..
-          Lan The Typewriter muncul berduet lagu Papaku Pulang versi rock bersama Aznil dan kemudiannya memukau penonton dengan mendendangkan lagu Jeritan Batinku
-          Segmen kedua bermula pabila Aznil muncul mendendangkan lagu-lagu medley Isabella, Umpama Mimpi Dalam Mimpi, Sejati dan Masihku Terasa.
-          Aznil mendendangkan lagu Dua Insan Bercinta dan meniru suara Ella.
-          Persembahan dari Saiful Apek dan kumpulan Shuffle
-          Aznil muncul dari belakang penonton bersama payung dan penarinya unutk mendendangkan medley lagu-lagu Sudirman iaitu Hujan, Apa Khabar Orang Kampung, Dari kerana mata, Aku Penganggur, dan Salam Terakhir.
-          Aznil menjemput 5 orang wanita untuk menari bersamanya unutk medley Azura, Azizah, Oh Fatimah, Carol dan Kerana Percayakan Siti.
-          Penonton bertuah memenangi barangan Habib Jewels bernilai RM50,000 dan ’bersanding’ bersama Aznil di atas pentas.
-          Anak Aznil, Firdaus Hariz muncul sebagai penampilan istimewa bersama-sama Aznil dalam lagu Cari Jodoh sambil bermain bongo.
-          Aznil sekali lagi menjemput seorang wanita naik ke pentas untuk bersamanya dalam lagu Kalau Berpacaran bersama-sama dengan Ana Raffali dan Altimet.
-          Penonton bertuah dapat 5 buah anak patung berlainan saiz.
-          Ana Raffali menghiburkan peminat dengan lagu terbarunya Sehabis Baik
-          Zahid muncul dan mendendangkan 2 buah lagu, Cek Mek Molek dan Gila Judi bersama Aznil dan beberapa orang wanita di pentas.
-          Seorang penonton bertuah memenangi pakej umrah.
-          Ray dan Haniff memeriahkan suasana dan berpoco-poco bersama penari dan beberapa orang penonton  di atas pentas.
-          Aznil menyanyikan lagu Dan Sebenarnya bersama-sama Hero Malaya dan seekor ular. Aznil menyatakan keinginannya unutk mengatasi ketakutannya terhadap binatang itu.
-          Penonton dibawa menyelami kehidupan seorang anak kecil yang menghidapi masalah jantung yang kronik.
-          Aznil dan Hero Malaya menyumbangkan RM 30,000 kepada keluarga anak kecil terbabit unutk membiayai kos perubatannya.
-          Seluruh keluarga besar Aznil dibawa masuk dan naik ke atas pentas bersama-sama rakan-rakan media dan artis.
-          Seorang pemenang cabutan bertuah memenangi sebuah kereta Myvi tajaan Perodua.
-          Keluarga dan rakan-rakan artis menyanyikan lagu Kenangan Terindah beramai-ramai
-          Konsert ditutup dengan lagu Profesor Klon.
-          VT Aznil mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokongnya dan semua yang hadir menyokong konsertnya malam itu..

Konsert yang berlangsung 3 jam memberikan kepuasan dan hiburan yang hebat kepada semua peminat dan pengunjung pada malam itu.

p/s: Thanks to Nur Farzana kerana dapatkan tiket untuk dapat aku join konsert ini.
            Thnks taw...

To Aznil...GOOD JOB!!!!

All pix, boleyh tengok kat FB ERA FM (klik sini)
video plak boleyh tengok kat youtube, ERA Channel (klik sini)


0 comments:

NUFF