BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, September 7, 2010

DALAM KENANGAN

Al fatihah
Kepada allahyarham abdillah murad shaari
Atau nama yang dikenali dengan ACHIK SPIN

Allahyarham yang pernah popular dengan kumpulan SPIN dibawah naungan FMC
Telah meninggalkan dunia seni apabila menghembuskan nafas terakhir setelah terlibat dalam kemalangan ngeri

Allahyarham yang popular dengan lagu-lagu seperti JANJI KITA, MENGUSUNG RINDU, KERANAMU IBU dan banyak lagi semasa aktif dengan kumpulan SPIN

Allahyarham juga ada menghasilkan beberapa buah album bersama teman baiknya ketika kecil, SITI NORDIANA dan beberapa lagu duet mereka seperti PALING COMEL, RESIPI BERKASIH, MEMORI BERKASIH, dan banyak lagi mendapat tempat di hati peminat.

Allahyarham telah meninggalkan seorang balu dan dua orang anak yang masih kecil.

Kini, hanya lagu-lagu beliau tinggal untuk dikenang dan dirindui.

Post dibuat kerana sejak akhir-akhir ini kenangan dan lagu lagu Achik Spin dan Siti nordiana selalu aku dengar. Entah kenapa bila dengar hati aku rasa sayu sangat-sangat.

Teringat zaman-zaman sekolah menengah dulu, satu geng minat Achik dan Nana ni.
Semua lagu, gambar, video aku ada buat koleksi. Dah macam peminat fanatic pulak.
Sampai ada buku khas untuk gambar2. Tapi semua tu tinggal kenangan.

Ada jugak yang kata yang minat mereka ni jiwang lah, apa lah. Tapi suka hati aku lah nak minat siapa pun. Lagu diorang semua best2. Tapi sayang dan sedihnya, semua tinggal kenangan.

Walaupun dah tak berapa fanatic macam dulu, aku still dengar lagu diorang. Lantak lah orang nak kata apa. Rasa sayu je. 

P/s:
Tinggal kenangan.
Kak Fizah, kak Fiza, Ain Ghani, wanie,…rindu sangat kat korang
Walaupun rumah satu tempat kan. Teringat zaman kita minat artis pujaan kita dulu kan..
hahahahahha.....HAHAHAHAH....hahahha...

0 comments:

NUFF